Petisyen: Mahkamah Benar Permohonan Bantahan Awal Ahmad Zahid

Diterbitkan: Selasa, 21 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini dibenar membangkitkan bantahan awal petisyen pilihan raya yang difailkan PKR untuk membatalkan keputusan bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Hakim Pilihan Raya Datuk Hasnah Mohammed Hashim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan untuk menentang permohonan Ahmad Zahid bagi membangkitkan bantahan awal, yang difailkan calon PKR Madhi Hasan dan pengundi Azmi Sulaiman.

Mahkamah menetapkan pada Rabu untuk mendengar bantahan awal Ahmad Zahid itu yang juga anggota Parlimen Bagan Datoh.

Hakim dalam keputusannya berkata Mahkamah Persekutuan, semasa rayuan berhubung petisyen pilihan raya, tidak menetapkan isu yang dibangkitkan dalam bantahan awal Ahmad Zahid, sehubungan itu mahkamah membenarkan permohonan bantahan awal menteri itu.

Hasnah membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam Syed Faisal Syed Abdullah yang mewakili Ahmad Zahid manakala Edmund Bon mewakili kedua-dua pempetisyen (Madhi dan Azmi).

Pada 23 Disember 2013, Mahkamah Persekutuan memerintahkan petisyen pilihan raya yang difailkan kedua-dua pempetisyen itu diremit semula ke Mahkamah Pilihan Raya untuk mendengar merit kes.

Mahkamah Persekutuan membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan petisyen pilihan raya yang difailkan PKR.

PKR memfailkan rayuan itu di Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Pilihan Raya di Ipoh menolak petisyen itu.

Ahmad Zahid calon Barisan Nasional memperoleh majoriti 2,108 undi mengalahkan calon PKR, Madhi pada PRU13 bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan