Keputusan Permohonan DAP Batal Saman Asoghan Ditunda 14 Mac

Diterbitkan: Selasa, 21 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Keputusan permohonan DAP untuk membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan bekas Ketua Cawangan Bagan Luar DAP, G. Asoghan berhubung isu pemecatannya sebagai anggota parti, ditunda kepada 14 Mac.

Penundaan itu dicadangkan Andy Ooi, peguam yang mewakili Karpal Singh dengan alasan beliau tidak dapat hadir untuk mendengar keputusan Mahkamah Sesyen kerana terpaksa menghadiri perbicaraan kes di Mahkamah Persekutuan.

Menurut Ooi, Karpal Singh ingin mendengar sendiri keputusan mahkamah yang ditetapkan Selasa, namun tidak dapat hadir kerana urusan perbicaraan lain.

Cadangan itu dipersetujui Hakim Mahmud Abdullah dan peguam Asoghan, V. Amareson.

Pada Jun tahun lepas, Asoghan, 56, selaku plaintif memfailkan saman berkenaan dan menamakan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP Tan Kok Wai dan Setiausahanya Tai Sing Piau serta anggota jawatankuasa parti itu M.

Kulasegaran, Dr P.Ramasamy dan Lim Hock Seng sebagai defendan.

Asoghan mendakwa pemecatannya tidak sah kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak mengiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang dilantik melalui pemilihan pada 15 Dis 2012. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan