Saksi Dengar Amah Sebut "Saya Sudah Kasi Mati Orang"

Diterbitkan: Ahad, 19 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Seorang saksi memaklumkan Mahkamah Tinggi di sini Ahad bahawa beliau mendengar sendiri seorang amah warga Indonesia, yang didakwa membunuh majikannya, menyebut "saya sudah kasi mati orang" dalam satu insiden pada Disember 2010.

Nik Hamidah Nik Yahya, 54, dari Kampung Tok Uban, Pasir Mas berkata, sebelum itu, beliau nampak wanita berkenaan menangis ketika berjalan di depan rumahnya.

Beliau kemudian diminta suaminya, Mansor Sulaiman, 61, untuk memanggil amah itu masuk ke rumah mereka kerana khuatir dengan keadaan wanita berkenaan.

"Dia tidak banyak cakap dan dia hanya menyebut 'Matilah aku! Matilah aku! Saya sudah kasi mati orang'," katanya ketika disoal peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Wilfrida Soik.

Nik Hamidah berkata demikian pada perbicaraan kes Wilfrida, 23, yang didakwa membunuh warga emas, Yeap Seok Pen, 60, di sebuah rumah di Kampung Chabang Empat Tok Uban, Pasir Mas antara 11 pagi dan 12.30 tengah hari pada 7 Disember 2010.

Tertuduh yang baru bekerja dua minggu di rumah Yeap, didakwa menggunakan senjata tajam untuk mendatangkan kecederaan parah di muka mangsa sehingga menyebabkan kematian mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Nik Hamidah juga berkata ketika di rumahnya, Wilfrida ada memberitahu bahawa 'ada orang mahu memukul dan mencekiknya', namun beliau tidak mengetahui apa yang dimaksudkan tertuduh.

"Saya cuma ingat dia mungkin menjadi mangsa rogol dan untuk mententeramkannya, saya bagi kain untuk dia mandi tetapi dia tidak mahu, begitu juga makan dan minum," katanya.

Beliau berkata tidak lama selepas itu, polis tiba dan menahan tertuduh di perkarangan rumah jirannya.

Terdahulu, Mansor memberitahu mahkamah bahawa beliau ternampak Wilfrida menangis dan meminta isterinya memanggil wanita masuk ke rumah kerana ketika itu hujan renyai.

"Selepas itu, saya keluar dengan kenderaan, dan melalui walkie-talkie dengan rakan SRS (Skim Rondaan Sukarela Rukun Tetangga) ada yang menyebut satu kes bunuh telah berlaku dan tertuduh melarikan diri pada masa itu," katanya.

Mansor kemudian berpatah balik dan menghubungi polis untuk memaklumkan tentang individu yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan itu yang ketika itu dipercayai berada di rumahnya.

"Polis datang dalam tempoh 15 minit sebelum membawa dia dengan kenderaan polis," katanya.

Sementara itu, pemilik agensi pekerjaan SP Master Sdn Bhd, Teh Ying Eng, 52, berkata beliau tidak tahu bahawa Wilfrida, ketika bekerja dengan Yeap, dipaksa membersihkan majikannya yang menghidap penyakit Parkinson.

"Saya tidak tahu perkara itu tetapi kami ada melatihnya selama seminggu sebelum dihantar bekerja bagaimana melakukan kerja rumah, termasuk menjaga orang sakit dan kanak-kanak," katanya.

Perbicaraan di depan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim bersambung 26 Januari ini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan