Mahkamah Rayuan Kekal Keputusan Utusan Siar Artikel Bersifat Fitnah

Diterbitkan: Khamis, 16 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pada Rabu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan sebelum ini bahawa dua artikel yang diterbitkan Utusan Malaysia (M) Sdn Bhd bersifat fitnah, berhubung temu bual pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan BBC, mengenai undang-undang homoseksual dua tahun lepas.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Zaharah Ibrahim memerintahkan bahawa tiada merit dalam rayuan perayu selepas meneliti asas penghakiman dan nota prosiding Mahkamah Tinggi.

Panel hakim itu memerintahkan kos sebanyak RM25,000 dibayar kepada responden.

Mahkamah juga menolak permohonan Umno untuk mencelah dalam rayuan itu, bagaimanapun ia tidak menetapkan sebarang kos.

Dua lagi anggota panel ialah Hakim Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk K. Anantham.

Peguam Abu Bakar As-Sidek memberitahu pemberita kemudian bahawa Umno membuat permohonan itu berikutan isu sama ada parti itu telah mempengaruhi dasar editorial akhbar berkenaan.

Mahkamah Tinggi tahun lepas memutuskan bahawa defendan Utusan Melayu (M) Bhd dan Ketua Pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak, gagal mempertahankan semua pembelaan statutori merangkumi justifikasi, komen yang adil dan keistimewaan bersyarat.

Pada 10 Januari 2012, Anwar memfailkan saman fitnah dengan menuntut RM50 juta ganti rugi atas dakwaan defendan telah menerbitkan dua artikel dalam akhbar Utusan Malaysia pada 17 Januari 2012, berhubung temu bualnya dengan BBC.

Beliau menegaskan bahawa kata-kata yang digunakan memberi gambaran beliau tidak layak memegang jawatan dan sebagai pemimpin Islam mempunyai pendapat yang berbeza dengan ajaran Islam.

Dalam rayuan pada Rabu, Anwar diwakili peguam R. Sivarasa, sementara Utusan diwakili Datuk Firuz Hussein Ahmad Jamaluddin.- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan