Mustafa Ali & Dua Lagi Tarik Balik Kenyataan Terhadap Umno

Diterbitkan: Rabu, 15 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan dua lagi individu menarik balik kenyataan terhadap Umno dalam kes saman berhubung penerbitan artikel yang mengaitkan Umno dengan penyebaran video lucah di laman web.

Berikutan itu, kes saman berkenaan selesai selepas Umno menarik balik samannya terhadap ketiga-tiga defendan.

Hakim Datuk John Louis O'Hara merekodkan persetujuan penyelesaian itu dalam kamar tanpa perintah mengenai kos.

Peguam Raihanah Arifin yang mewakili Umno memberitahu pemberita kesemua defendan telah menyiarkan kenyataan itu di dalam HarakahDaily dan portal Malaysian Insider dua hari lepas dengan menyatakan kenyataan itu tidak merujuk kepada Umno tetapi blogger Umno.

Mustafa dalam HarakahDaily menyatakan kenyataannya bertarikh 13 April tahun lalu dalam satu artikel bertajuk 'Mustafa ceramah di Dungun dakwa Umno terdesak' adalah merujuk kepada blogger Umno, bukannya Umno.

Pada 23 April tahun lepas, Umno memfailkan saman dengan menamakan Mustafa, peguam cara dan peguam bela bagi Mustafa, Asmuni Awi dan Ketua Pengarang laman portal HarakahDaily.net Zulkifli Sulong sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Writ tuntutan itu difailkan Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh bagi pihak Umno dan mendakwa Mustafa telah membuat memfitnah terhadap Umno menerusi ceramah dan kenyataan yang kemudian diterbitkan menerusi laman portal www.malaysiakini.com dan HarakahDaily.net serta akhbar The Star.

Umno memohon ganti rugi am, khas, teruk, teladan, faedah, kos, satu perintah injunksi menghalang defendan atau ejen mereka menerbitkan kata-kata fitnah itu terhadap Umno dan perintah kesemua defendan menerbitkan permintaan maaf secara bertulis di akhbar dan majalah. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan