NSTP Diperintah Bayar Ganti Rugi RM200,000 Kepada Kayveas

Diterbitkan: Isnin, 13 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin memerintahkan The New Straits Times Press (M) Sdn Bhd (NSTP) membayar ganti rugi RM200,000 kepada presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) Datuk M.Kayveas dalam kes saman fitnah berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam laporan kewangan parti itu.

Hakim Siti Khadijah S.Hassan Badjenid juga memerintahkan NSTP membayar kos sebanyak RM5,000 kepada Kayveas.

Dalam keputusannya Siti Khadijah berkata berdasarkan keterangan saksi dalam kes itu mahkamah mendapati plaintif (Kayveas) telah berjaya membuktikan kesnya terhadap NSTP.

Sehubungan itu beliau berkata mahkamah membenarkan tuntutan Kayveas terhadap NSTP.

Pada 2009, Kayveas memfailkan saman terhadap bekas anggota majlis tertinggi parti itu, N. A. Shanmuganathan dan NSTP dan menamakan mereka sebagai defendan pertama dan kedua.

Bagaimanapun Kayveas berjaya memperoleh penghakiman terhadap Shanmuganathan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Kayveas mendakwa wartawan defendan kedua (NSTP) telah menghadiri satu persidangan akhbar pada 22 Jun 2009 oleh Shanmuganathan di Putrajaya dan NSTP telah mencetak dan menerbitkan artikel yang memfitnahnya dalam akhbar New Straits Times (NST) pada keesokannya.

Beliau berkata akibat penerbitan artikel itu, beliau terpaksa menanggung malu dan kesedihan dan reputasi dan nama baiknya sebagai individu dan Presiden PPP telah terjejas.

NSTP dalam pernyataan pembelaannya berkata artikel itu disiarkan atas kapasiti perlindungan bersyarat kerana ia mempunyai tanggungjawab untuk menerbitkan artikel itu untuk pengetahuan orang awam. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan