Mohamad Salleh & NFCorp Fail Saman Fitnah Terhadap Nurul Izzah

Diterbitkan: Isnin, 13 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya pada Isnin menfailkan saman fitnah terhadap Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkaitan satu kenyataan mengenai pembelian lapan unit kondominimum yang disiarkan oleh sebuah portal televisyen propembangkang.

Beliau dan syarikatnya menamakan Nurul Izzah sebagai defendan pertama dan turut menfailkan saman sama terhadap Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution sebagai defendan kedua.

Mohamad Salleh menfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Wan Shahrizal, Hari & Co pada 24 Disember lepas dan media memperoleh salinan pernyataan tuntutan itu pada Isnin ketika kes itu disebut di dalam kamar di hadapan Hakim Datuk Hue Siew Kheng.

Peguam Y. Sheelan yang mewakili Mohamad Salleh dan NFCorp memberitahu pemberita bahawa Hue menetapkan 27 Februari depan untuk pengurusan kes sementara menunggu kesemua defendan menfailkan pernyataan pembelaan mereka.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohamad Salleh mendakwa Nurul Izzah telah membuat satu kenyataan berhubung pendedahan Pengarah Strategik PKR Mohd Rafizi Ramli yang menyatakan beliau (Mohamad Salleh) membeli lapan unit kondominium di KL Eco City menggunakan dana awam yang disalurkan kepada NFCorp.

Kenyataan Nurul Izzah itu disiarkan di Malaysiakini TV pada 7 Mac 2012.

Mohamad Salleh turut mendakwa Nurul Izzah membuat kenyataan itu terhadapnya yang membawa maksud bahawa beliau dan keluarganya telah menyalahgunakan wang NFCorp untuk membeli lapan unit kondominium bagi kegunaan peribadinya dan keluarga, bukan untuk syarikat itu.

Beliau mendakwa ekoran kenyataan fitnah itu, reputasi dan kredibilitinya sebagai seorang berpendidikan tinggi, ahli perniagaan dan suami kepada bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dikritik masyarakat.

Beliau menuntut satu perintah injunksi dikeluarkan bagi menghalang kesemua defendan menerbitkan kata-kata fitnah sama terhadapnya selain menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi teruk, faedah, kos atau relif lain yang difikirkan sesuai. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan