Kes Saman RM2 Juta Pegawai Kanan Tentera Terhadap Raja Petra Selesai

Diterbitkan: Isnin, 13 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kes saman RM2 juta yang difailkan dua pegawai kanan tentera terhadap penulis blog Raja Petra Raja Kamarudin berhubung akuan bersumpah penulis blog itu yang mengaitkan nama mereka dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu pada Isnin selesai.

Peguam Jadadish Chandra yang mewakili Raja Petra memberitahu media bahawa saman itu selesai setelah kedua-dua plaintif menarik balik saman terhadap anak guamnya tanpa perintah berhubung kos.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam merekodkan penyelesaian itu dalam kamarnya.

Dalam saman difailkan pada 22 Julai 2008, Lt Kol Abdul Aziz Buyong dan isterinya Lt Kol Norhayati Hassan mendakwa Raja Petra membuat akuan yang mengandungi tuduhan terhadap mereka dan juga isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, berhubung pembunuhan itu, dengan niat buruk dan jahat untuk mencemarkan maruah, kredibiliti, nama baik dan kerjaya mereka.

Mereka berkata tuduhan itu dibuat secara cuai dan tanpa mengesahkan sama ada tuduhan itu betul atau salah, oleh itu telah mencemarkan nama baik dan maruah mereka.

Pasangan itu, masing-masing memohon ganti rugi RM1 juta daripada Raja Petra serta ganti rugi teladan dan injunksi untuk menghalangnya atau kakitangannya daripada mengulangi kenyataan memfitnah itu.

Raja Petra yang mengendalikan blog Malaysia Today, membuat akuan bersumpah itu pada 18 Jun 2008 dan menyiarkannya dalam blognya dan laman web lain, semasa perbicaraan kes bunuh Altantuya sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Shah Alam. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan