Ahli Perniagaan Gagal Dapat Perintah Mahkamah Isytihar Diri Pemberi Maklumat

Diterbitkan: Isnin, 13 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang ahli perniagaan gagal dalam percubaan terakhir agar mahkamah mengisytiharkan dirinya sebagai pemberi maklumat dan oleh itu, kebal daripada tindakan undang-undang.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara menolak permohonan Siow Chung Peng, 43, bagi mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Tinggi.

Dalam penghakimannya, Zulkefli berkata permohonan Siow tidak mematuhi Seksyen 87 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 memandangkan kes beliau bermula di Mahkamah Sesyen dan sepatutnya berakhir di Mahkamah Rayuan.

Turut menganggotai panel itu ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zainun Ali, Datuk Jeffrey Tan Kok Wha, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali dan Datuk Ramly Ali.

Berikutan keputusan itu, Siow terpaksa kembali ke Mahkamah Sesyen untuk berdepan pertuduhan bersubahat dengan seorang bekas remisier Datuk Goh Hock Choy memanipulasi saham syarikat pembuatan perabut Lii Hen Industries Berhad yang disenarai di Bursa Malaysia Securities Berhad menerusi 42 akaun deposit sekutiri pusat.

Siow didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Bursa Malaysia Securities Berhad, tingkat 14, Exchange Square, Bukit Kewangan antara 26 Mac dan 28 Oktober 2004.

Siow kemudian memfailkan permohonan untuk pengisytiharan itu di Mahkamah Tinggi bagi membatalkan pertuduhan terhadapnya.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Siow pada 5 Februari 2013 dan keputusan itu dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 13 September 2013.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan Awang Armadajaya Awang Mahmud berkata ini merupakan kes pertama dibawa ke Mahkamah Persekutuan berhubung definisi pemberi maklumat di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 yang berkuat kuasa pada Disember 2010.

Siow diwakili peguam Amer Hamzah Arshad. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan