Keputusan Bantahan Awal Petisyen DUN Lubok Merbau 16 Januari Ini

Diterbitkan: Jumaat, 10 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Mahkamah Pilihan Raya di sini menetapkan 16 Januari bagi keputusan bantahan awal petisyen yang difailkan seorang pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lubok Merbau untuk membatalkan keputusan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Hakim Abdul Rahman Sebli menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada pihak responden.

"Saya memerlukan masa untuk menimbang hujahan responden dan bantahan oleh pempetisyen mengenai isu Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke yang mewakili responden kedua iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya.

Pada prosiding hari ini, pempetisyen, Mohd Ridzuan Asit, yang duduk di galeri awam bangun membangkitkan isu berhubung notis pelantikan Alice kerana didakwa tidak mematuhi peruntukan Kaedah 34, Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

"Mengikut kaedah 34, Alice tidak layak mewakili SPR kerana notis pelantikan bagi SPR ditandatangani oleh individu lain (Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan) bukan Alice," kata Mohd Ridzuan.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan Norazmi Narawi yang mewakili SPR berkata merujuk kepada Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan, SPR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang berkuasa untuk mengadakan pilihan raya umum ke atas Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.

"Kaedah 34 tidak terpakai untuk peguam persekutuan sebaliknya hanya terpakai untuk peguam bela bagi suatu firma guaman kerana peguam persekutuan terikat dengan Akta Prosiding Kerajaan," katanya.

Anggota Dewan Undangan Negeri Lubok Merbau Datuk Siti Salmah Mat Jusak selaku responden pertama diwakili peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad dan Abu Bakar As Sidiq, manakala SPR selaku responden kedua diwakili Norazmi dan Alice.

Pada 23 Disember lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan petisyen pilihan raya bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh dan DUN Lubok Merbau diremit semula ke mahkamah pilihan raya untuk mendengar merit kes selepas membenarkan rayuan petisyen pilihan raya yang difailkan pembangkang.

Pada PRU-13, Siti Salmah, calon Barisan Nasional, mengalahkan calon PAS Mohd Zainudin Mohd Yusof dengan majoriti 53 undi bagi kerusi itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan