Pembantu Laut JLWT Didakwa Kemuka Tuntutan Perpindahan Palsu

Diterbitkan: Khamis, 9 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang pembantu laut, Jabatan Laut Wilayah Tengah (JLWT) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis terhadap tuduhan mengemukakan tuntutan perpindahan palsu tiga tahun lepas.

Mohd Fauzi Mohd Aris, 38, berasal dari Melaka didakwa menggunakan invois sebuah syarikat menyediakan perkhidmatan penghantaran barang dan kenderaan berjumlah RM1,900 yang dilampir bersama Tuntutan Elaun Perpindahan Keluar Stesen di Pejabat Laut Kuah, Langkawi pada 14 Julai 2011.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah nilai matan palsu.

Hakim Mohd Rosli Osman membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan tarikh sebutan semula pada 11 Februari.

Tertuduh tidak membayar wang jaminan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya daripada SPRM Syahrul Khuzaini Amiruddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan