NFC: Mohamad Salleh Fail Permohonan Tangguh Prosiding Kes Pecah Amanah

Diterbitkan: Khamis, 9 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang menghadapi dua tuduhan pecah amanah berjumlah RM49.7 juta, memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini untuk menangguhkan prosiding kesnya di Mahkamah Sesyen.

Peguam Wan Shahrizal Wan Ladin memaklumkan pihaknya memfailkan permohonan penangguhan prosiding itu sementara menunggu rayuan anak guamnya untuk membatalkan pertuduhan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi ketika kes itu disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Norsharidah Awang pada Rabu.

Wan Shahrizal turut memaklumkan Mahkamah Tinggi menetapkan 19 Mac ini untuk pengurusan kes bagi rayuan tersebut.

Tarikh perbicaraan kes itu di Mahkamah Sesyen yang dijadualkan pada 20 dan 21 Januari ini dikekalkan.

Pada 22 November tahun lepas, Norsharidah menolak permohonan Mohamad Salleh untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya selepas mendapati pertuduhan tersebut tidak cacat dan mempunyai asas untuk didengar melalui proses perbicaraan.

Mohamad Salleh memfailkan permohonan untuk menggugurkan dua pertuduhan itu pada 7 Jan tahun lalu.

Pada 12 Mac 2012, Mohamad Salleh, 65, selaku pengarah syarikat NFCorp, didakwa melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang RM9,758,140 melalui empat keping cek untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium 'One Menerung' di Parcel BI-1 dan B1-2, Blok B di atas geran nombor 65152, lot no.56454 di Mukim Kuala Lumpur.

Kesalahan itu dilakukan antara 1 dan 4 Disember 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail.

Bagi pertuduhan kedua, di alamat dan bank sama, antara 6 Mei dan 16 November 2009, beliau didakwa melakukan kesalahan sama dengan memindahkan wang RM40 juta melalui satu cek ke dalam akaun syarikat National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd bagi kegunaan syarikat tersebut di mana beliau dan seorang daripada anaknya adalah pemilik syarikat berkenaan.

Kedua-dua pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebat serta boleh didenda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang Mahmud. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan