Bersih 3.0: Permohonan Anwar Dilepas Tanpa Dibebaskan Diputuskan Esok

Diterbitkan: Khamis, 9 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan esok untuk memutuskan sama ada membenarkan permohonan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan empat yang lain bagi dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada semua pertuduhan berkaitan perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April, 2012.

Hakim Ahmad Bache juga akan memutuskan sama ada akan membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi penangguhan sementara menunggu permohonan di Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengetepikan perintah Mahkamah Majistret yang melarang Dataran Merdeka dijadikan venue perhimpunan itu.

Ahmad memberitahu barisan peguam bela dan pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin bahawa terdapat beberapa isu penting dibangkitkan kedua-dua pihak dalam permohonan masing-masing, dan dengan itu mahkamah memerlukan masa untuk memutuskan perkara berkenaan.

Dalam prosiding hari ini, peguam S. N. Nair yang mewakili Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin, memberitahu mahkamah yang beliau telah menulis kepada Pejabat Peguam Negara supaya anak guamnya diberikan DNAA daripada pertuduhan itu susulan keputusan Mahkamah Rayuan.

Bagaimanapun, Wan Shaharuddin memaklumkan pihak pendakwaan telah memfailkan notis rayuan di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan semalam dan ia (perbicaraan) patut ditangguhkan sementara menunggu keputusan oleh mahkamah itu.

Peguam yang mewakili Anwar, Karpal Singh berhujah mahkamah mempunyai budi bicara mengikut Seksyen 173(g) Kanun Acara Jenayah untuk membenarkan permohonan DNAA.

Majistret Zaki Asyraf pada 26 April, 2012 mengeluarkan perintah melarang sebarang perhimpunan diadakan di Dataran Merdeka antara 28 April dan 1 Mei 2012.

Pada 22 Mei, 2012, Anwar, 65, dituduh secara bersama-sama dengan timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali, 49, dan Badrul Hisham, 35, menyertai protes jalanan di lokasi itu pada 28 April tahun yang sama, yang didakwa telah mencetuskan huru-hara di ibu negara.

Ketiga-tiga mereka turut menghadapi pertuduhan kedua iaitu bersubahat dengan Tangam Raju, Rajesh Kumar dan Farhan Ibrahim dengan cara menghasut mereka untuk mengalih penghadang besi di Jalan Raja pada hari yang sama.

Mereka merupakan yang pertama dituduh mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012, yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000, jika sabit kesalahan.

Kemudiannya, ketiga-tiga mereka juga berdepan pertuduhan ketiga iaitu bersubahat dengan Tangam, Rajesh, Farhan dan lima lagi penyokong "Coalition for Free and Fair Elections' (Bersih 3.0) untuk melanggar perintah Mahkamah Majiastret bertarikh 26 April, 2012 supaya tidak mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka antara 28 April dan 1 Mei, 2012. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan