Pembantu Kedai Keranda Mengaku Tidak Bersalah Miliki Bom Tangan

Diterbitkan: Rabu, 8 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pembantu kedai keranda, Ong Soon Seng (tengah) dibawa anggota polis ke Mahkamah Majistret Ampang Jaya atas dakwaan memiliki bom tangan yang mengandungi bahan letupan dan gagal mengemukakan kad pengenalan ketika diperiksa oleh pegawai polis pada Disember lalu. -fotoBERNAMA
Pembantu kedai keranda, Ong Soon Seng (tengah) dibawa anggota polis ke Mahkamah Majistret Ampang Jaya atas dakwaan memiliki bom tangan yang mengandungi bahan letupan dan gagal mengemukakan kad pengenalan ketika diperiksa oleh pegawai polis pada Disember lalu. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu kedai keranda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini pada Selasa terhadap pertuduhan memiliki bom tangan mengandungi bahan letupan, bulan lepas.

Ong Soon Seng, 46, dari Taman Rasmi Jaya, Ampang, di sini, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zulyana Zollkapli.

Ong didakwa memiliki sebutir bom tangan mengandungi bahan letupan di Jalan Halaman 5, Taman Halaman, Ampang di sini pada 10.25 malam 29 Disember lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ong juga didakwa gagal mengemukakan kad pengenalan ketika diperiksa oleh anggota polis Lans Koperal Mohd Azaman Mohamed Ali di tempat dan pada masa sama.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Peraturan 25(1)(n)Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001), yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Bahrum meminta mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan kes itu membabitkan bahan letupan yang dibawa tertuduh di kawasan awam dan membahayakan orang ramai.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam pula memohon dibenarkan jaminan kerana perlu menanggung keluarga dan ibu yang sudah tua.

Zulyana membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan dua penjamin bagi kedua-dua pertuduhan berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran dua kali sebulan.

Mahkamah kemudian menetapkan 14 Februari untuk sebutan kes. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan