Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Beri Suapan Kepada Pegawai Kerajaan

Diterbitkan: Rabu, 8 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Rabu atas tuduhan memberi suapan kepada seorang ejen kerajaan supaya tidak mengenakan tindakan penguatkuasaan terhadap bapa saudaranya berhubung kesalahan mengambil hasil hutan dari tanah kerajaan tanpa kebenaran pada Jun tahun lepas.

Lee Swee Sin, 44, yang berasal dari Batu 11, Kajang, minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

Dia didakwa memberi suapan RM2,000 kepada Pegawai Hutan Daerah Selangor Tengah, Ag Shaffie Ag Ahmadni, 35, sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap bapa saudaranya, Lee Ah Seng, 46, yang melakukan kesalahan mengambil hasil hutan dari tanah kerajaan tanpa kebenaran.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Budyz beralamat di Jalan TTS-2/2, Taman Tasik Semenyih, Selangor, kira-kira pukul 12.25 tengah hari pada 18 Jun 2013.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya.

Hakim Asmadi Husin kemudian menetapkan wang jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 16 Januari sebagai tarikh sebutan bagi menentukan tarikh perbicaraan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya daripada SPRM Nor Azah Kasran manakala peguam Afifuddin Ahmad Hafifi mewakili tertuduh. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan