Kes Pasangan Penulis Blog Kontroversi Disebut Semula 28 Februari

Diterbitkan: Rabu, 8 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen pada Rabu menetapkan 28 Februari untuk sebutan semula kes pasangan blogger kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee selepas rayuan mereka untuk menangguhkan prosiding berhubung tiga pertuduhan mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan dibenarkan Mahkamah Rayuan.

Hakim Murtazadi Amran menetapkan tarikh itu selepas peguam Wong Kee Them memberitahu mahkamah, rayuan anak guamnya itu untuk menangguhkan perbicaraan yang dijadual selama tiga hari bermula Rabu, dibenarkan Mahkamah Rayuan pada 6 Januari lepas.

"Perbicaraan kes itu yang sepatutnya bermula hari ini ditangguhkan kerana ada perintah daripada Mahkamah Rayuan untuk menangguhkan prosiding kes berkenaan," kata Murtazadi.

Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau Lee May Ling, 24, mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 20 Disember lepas yang menolak permohonan mereka untuk menangguhkan perbicaraan sementara menunggu rayuan untuk membatalkan satu daripada tiga pertuduhan mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan.

Pada 21 November lepas, Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan pasangan itu untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapi mereka mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan dengan alasan pertuduhan yang dibuat terhadap mereka adalah sah, teratur dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan, Tan dan Lee didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen yang bertajuk 'Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!)' yang mengandungi logo halal, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama dalam kalangan penganut agama berlainan, di CAF-Syed Restaurant Jalan Dang Wangi di sini antara 11 dan 12 Julai lepas.

Mereka juga didakwa memuat naik satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian-Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yang sama pada tarikh sama di Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2 di sini mengikut Akta Hasutan 1948.

Pasangan itu turut berdepan pertuduhan mempamer gambar lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/ di tempat sama antara 6 dan 7 Julai lepas mengikut Akta Penapisan Filem 2002.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hafizza Jemali. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan