Mahkamah Tetapkan 14 Februari Keputusan Rayuan Kes Pecah Amanah RM1.57 Juta

Diterbitkan: Isnin, 6 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 14 Februari bagi keputusan rayuan bekas ketua Pusat Khidmat Pelanggan Bank Muamalat Bhd dan suaminya seorang peguam, terhadap hukuman penjara 15 tahun selepas didapati bersalah melakukan pecah amanah dan pengubahan wang haram lebih RM1.57 juta pada 2009.

Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim menetapkan tarikh itu selepas peguam M. Athimulan, yang mewakili Aishah Mohamed Rose, 51, dan Johari Ahmad, 51, memohon lebih banyak masa untuk membaca dan membalas penghujahan pihak pendakwaan.

Pada 4 Oktober 2012, Mahkamah Sesyen di sini menjatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi pertuduhan pecah amanah dan lima tahun bagi pertuduhan pengubahan wang haram terhadap pasangan itu.

Kedua-dua hukuman berjalan serentak.

Bagi pertuduhan pertama Aishah didapati bersalah melakukan pecah amanah berjumlah RM1,578,191 di cawangan bank itu di Bangunan D12, Universiti Sains Malaysia (USM), Jalan Minden di sini antara 23 Feb dan 7 Disember 2009.

Bagi pertuduhan kedua, Aishah didapati bersalah membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM183,702.63 melalui cek bertarikh 1 Dis 2009 ke dalam akaun pelanggan firma guaman, Tetuan Johari Nasri & Tan, di cawangan bank itu di USM pada 7 Disember 2010.

Johari pula disabit kesalahan bersubahat dengan isterinya melakukan kedua-dua kesalahan itu pada tarikh, masa dan tempat yang sama.

Bagi pertuduhan pertama mereka didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun, sebat dan boleh dikenakan denda.

Bagi pertuduhan kedua pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda sehingga RM5 juta.

Timbalan Pendakwa Raya Pang Chuin Keat mewakili pihak pendakwaan manakala peguam Md Yusuf Idris membantu Athimulan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan