Lelaki OKU Dihukum Penjara 35 Tahun, Enam Sebatan Kerana Rogol, Rompak

Diterbitkan: Isnin, 6 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki kurang upaya (OKU) pada Isnin dijatuhi hukuman penjara berjumlah 35 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana merogol, melakukan seks oral dan merompak seorang pegawai bank, September lepas.

Hakim Emilia Kaswati Mohamad Khalid menjatuhi hukuman itu terhadap Mohamad Azhan Mohamad Johan, 28, yang bisu dan pekak, selepas membuat pengakuan bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan itu.

Mohamad Azhan membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa isyarat oleh jurubahasa isyarat dari Mahkamah Persekutuan, Tan Lee Bee.

Mahkamah menjatuhi hukuman penjara 15 tahun dan tiga sebatan bagi kesalahan merogol, penjara 13 tahun dan tiga sebatan bagi kesalahan melakukan seks oral dan penjara tujuh tahun kerana merompak.

Bagaimanapun tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara 15 tahun selepas mahkamah memerintahkannya menjalani hukuman itu serentak bermula dari tarikh dia ditangkap pada 12 September lepas.

Mohamad Azhan yang bekerja sebagai tukang cuci dan berasal dari Setapak di sini, didakwa merogol wanita berusia 38 tahun itu di dalam sebuah tandas, Menara UAB, Jalan Tun Perak, di sini antara 7 pagi hingga 7.15 pagi, 12 September lepas.

Dia juga didakwa melakukan seks oral dan merompak RM100 daripada mangsa pada tempat dan masa sama.

Bagi kesalahan merogol dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 377C bagi pertuduhan seks oral, yang kedua-duanya, membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebat.

Bagi pertuduhan merompak, dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 14 tahun, denda dan sebat.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie memohon hukuman yang lebih berat dengan mengambil kira elemen kekerasan digunakan tertuduh terhadap mangsa serta faktor kepentingan awam.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman diringankan kerana dia perlu menanggung isteri dan dua anak yang berumur tujuh dan sembilan tahun serta berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

Sementara itu, mangsa yang turut hadir dalam prosiding pada Isnin untuk memberi keterangan impak mangsa memberitahu mahkamah bahawa dia berasa sangat tertekan dan hampir mahu membunuh diri kerana insiden itu.

"Saya tidak boleh berjalan di luar seperti biasa. Saya perlu menjalani rawatan perubatan dan psikologi kerana kejadian ini.

"Saya tidak boleh tidur kerana apabila saya bersendirian saya akan teringat apa yang dia lakukan terhadap saya. Saya juga terpaksa mengambil pil tidur," katanya yang mengambil cuti sakit selama tiga bulan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan