Hakim Tangguh Sebutan Semula Kes Amah Lambung Bayi 27 Januari Ini

Diterbitkan: Isnin, 6 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin menangguhkan sebutan semula kes seorang pembantu rumah warga Indonesia yang didakwa melambung dan menghempas bayi majikannya pada Februari tahun lepas.

Hakim Nik Nasimah Nik Mohammad menetapkan 27 Januari sebagai tarikh pendengaran semula kes itu berikutan beberapa dokumen belum diserah oleh pihak Pendakwa Raya yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Amir Abu Bakar Abdullah kepada peguam tertuduh T. Vijayandran.

Tertuduh, Yuliana, dari Acheh, Indonesia sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mendera Mohamed Hareez Mohamed Zamri dengan melambung dan menghempas bayi berusia empat bulan itu sebanyak sembilan kali.

Perbuatan yang boleh mendatangkan kematian itu didakwa dilakukan di kediaman ibu bapa mangsa di nombor 7, Lorong Bukit Setongkol 38, Jalan Bukit Setongkol di sini pada 15 Feb tahun lepas.

Yuliana kemudian membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi di sini dan pada 20 November lepas Hakim Datuk Mariana Yahya mengetepikan hukuman itu selepas mendapati wanita terbabit tidak memahami sepenuhnya pertuduhan yang dibacakan terhadapnya semasa didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada 19 Februari lepas.

Sementara itu T.Vijayandran ketika ditemui pemberita berkata penangguhan itu juga bagi membolehkan pihak mahkamah membuat keputusan berhubung representasi yang dikemukakannya bagi menggugurkan pertuduhan berhubung tindakan anak guamnya itu boleh mendatangkan kematian.

"Hari ini pihak timbalan pendakwa raya telah menyerahkan beberapa dokumen kepada saya, tetapi masih ada yang belum diserahkan termasuk keputusan berhubung representasi yang telah dihantar pada Oktober tahun lalu," katanya.

Yuliana yang kini diletakkan di bawah jaminan Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur turut hadir ke mahkamah dengan diiringi dua wakil dari kedutaan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan