Tiga Lelaki Termasuk Konstabel Polis Didakwa Rompak Pelajar - Berita Mahkamah | mStar

Tiga Lelaki Termasuk Konstabel Polis Didakwa Rompak Pelajar

Diterbitkan: Jumaat, 3 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki termasuk seorang konstabel polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Jumaat terhadap pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang pelajar kolej, Disember lepas.

Konstabel Md Harris Abd Rashid, Azly Abd Aziz dan Rozali Ahmad bersama-sama tiga lagi yang masih bebas didakwa merompak sebuah telefon bimbit jenis iPhone 5 milik Farith Rayyen Akop, 19, di sebuah bilik hotel di Jalan Cheras, di sini, pada 12.45 tengah malam 25 Disember lepas.

Md Harris, 35, dari Ibu Pejabat Polis Serdang; Azly, 33, kontraktor dan Rozali, 30, pekerja di syarikat pembinaan, didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Hakim Ahmad Bache membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Feb untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Ahmad Poad manakala Azly diwakili peguam Mohammad Arifin Abdul Wahab dan Harris diwakili peguam Mohamad Zaidi Ismail.

Rozali tidak diwakili peguam. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan