Bekas Kerani Mengaku Tidak Bersalah Pecah Amanah RM95,773.95

Diterbitkan: Jumaat, 3 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas kerani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis terhadap sembilan pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM95,773.95.

Syahrul Nizam Mohd Khair, 36, didakwa melakukan kesalahan itu di Epic-I Sdn Bhd, Tingkat 15, Menara Atlas, Plaza Pantai, 5 Jalan 4/83A, Jalan Pantai Baru di sini, antara 12 Julai hingga 25 Oktober 2002.

Dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 14 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Norsharidah Awang membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkannya melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali.

Mahkamah menetapkan 14 Februari untuk sebutan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Haderiah Siri manakala tertuduh diwakili peguam T.Kumar. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan