Tiga Lelaki, Seorang Wanita Didakwa Edar Pelbagai Jenis Dadah

Diterbitkan: Selasa, 31 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Tiga lelaki dan seorang perempuan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi di sini, Selasa, atas tuduhan mengedar pelbagai jenis dadah pada 18 Disember lalu.

Bagi kes pertama, See Thor Hon Seng, 36, dan Ong Che Ling , 51, didakwa mengedar 341 gram nimetazepam, 264 gram pil ecstacy, 101 gram methamphetamine dan 604 gram ketamine di sebuah rumah di Air Itam pada kira-kira 1.30 tengah hari, 18 Disember lepas.

Bagi kes kedua, Teh Lai Heng, 37, dan Tan Kean Lye, 45, didakwa mengedar ketamine seberat 2,846 gram dan 112.5 gram nimetazepam di sebuah rumah di Tanjong Bungah pada kira-kira 10.30 malam pada tarikh yang sama.

Kesemua mereka didakwa mengikut mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 26 Februari depan untuk sebutan semula kedua-dua kes untuk laporan kimia. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan