Bekas Pengerusi, Bendahari KOPEL Didakwa Tubuh Subsidiari Tanpa Kebenaran SKM

Diterbitkan: Isnin, 30 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Bekas pengerusi dan bendahari Koperasi Pelancongan Pulau Pinang (KOPEL) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Isnin, terhadap pertuduhan menubuhkan subsidiari tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Bekas pengerusi KOPEL Ali Akbar Mohd Noor, 63, dan bekas bendaharinya Yuslinov Ahmad, 46, didakwa menubuhkan KOPEL Travel and Tours Sdn Bhd pada 10 Julai 2007, sebelum mendapat kelulusan Ketua Pendaftar Jabatan Pembangunan Koperasi.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 91(1)(d) Akta Koperasi 1993 yang memperuntuk hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Bagi kesalahan berterusan, denda RM100 setiap hari boleh dikenakan jika kegiatan subsidiari itu berterusan selepas sabitan. Hakim Zulhazmi Abdullah membenarkan Ali Akbar diikat jamin RM8,000 dan Yuslinov RM6,000 dan memerintahkan pasport mereka diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 5 Februari depan bagi pengurusan kes.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Kamarulzaman Mohamad Buhari manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Rosli Ismail. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan