Proses Sulh Kes Bapa Saman Anak Ditetapkan 12 Januari Depan

Diterbitkan: Selasa, 24 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi Syariah di sini menetapkan 12 Januari depan sebagai tarikh perbincangan penyelesaian di luar mahkamah, iaitu melalui proses sulh, bagi menyelesaikan kes seorang pengurus syarikat cari gali minyak yang disaman bapanya tiga tahun lepas.

Hakim Rosdi Harun memerintahkan semua anggota keluarga Mustafa Ismail, 67, iaitu isterinya, Che Mariam Abdullah, 59, defendan iaitu Nasrun, 40, serta dua anak Nasrun yang dijaga Mustafa dan enam anaknya yang lain hadir ke mahkamah pada tarikh itu.

Sulh merupakan suatu proses yang menyaksikan pihak terlibat dalam pertikaian atau beberapa tuntutan di mahkamah, dipanggil dan dipertemu dalam satu majlis perundingan terpimpin secara rasmi serta diatur oleh mahkamah berdasarkan prosedur tertentu.

Jika perdamaian dicapai, mahkamah akan mengeluarkan suatu perintah tanpa perlu melalui proses perbicaraan biasa. Mustafa dari Kampung Beladau Kolam, Manir menyaman Nasrun, yang dikatakan berpendapatan lebih RM17,000 sebulan, bagi menuntut nafkah dua cucunya.

Pada 28 Ogos 2012, Rosdi memerintahkan Nasrun memohon maaf secara terbuka kepada ibu bapa serta dua anaknya, Nur Thahirah Nazihah dan Muhammad Amirul Nasrullah yang ketika itu berusia 15 dan 17 tahun.

Beliau turut memerintahkan Nasrun membayar RM400 setiap seorang kepada ibu bapa serta dua anaknya setiap bulan, selain RM1,000 untuk perbelanjaan Aidilfitri Nur Thahirah Nazihah dan Muhammad Amirul Nasrullah setiap tahun.

Selain itu, mahkamah memerintahkan defendan membayar RM18,866.50 kepada ibu bapanya sebagai tunggakan dan perbelanjaan serta teladan kerana tidak pulang bertemu anaknya lebih lapan tahun.

Bagaimanapun, pada 28 Julai lepas, Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan waran tangkap ke atas Nasrun berikutan kegagalan defendan membayar nafkah kepada ibu bapa dan dua anaknya.

Rosdi membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Mustafa atas alasan Nasrun gagal melaksanakan perintah mahkamah sama berhubung pembayaran nafkah yang dibuat sebelum ini. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan