Khianat, Ceroboh Istana Perlis: Penganggur Dipenjara Tiga Bulan

Diterbitkan: Selasa, 24 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku melakukan khianat dan menceroboh Istana Perlis di Jalan Eaton di sini dua minggu lepas.

Cheah Hun Chee, 31, didakwa memasuki Istana Perlis tanpa kebenaran pada 3 pagi 12 Dis lepas mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dia juga didakwa memecahkan cermin pintu serta menconteng dinding istana dengan cat sehingga menyebabkan kerugian kira-kira RM500 di tempat dan pada masa sama mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Cheah turut berdepan pertuduhan gagal menunjukkan kad pengenalan mengikut Peraturan 25(1)(N) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM20,000.

Majistret Saifulakmal Said menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas tertuduh bagi kesalahan menceroboh, tiga bulan kerana melakukan khianat dan penjara sebulan bagi kesalahan gagal menunjukkan kad pengenalan.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan Cheah menjalani hukuman itu serentak bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 12 Dis lepas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Tan Sew Ping manakala Cheah tidak diwakili peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan