Perbicaraan Kes Saman Anwar Terhadap Anifah Ditetapkan 8 April

Diterbitkan: Jumaat, 20 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini Jumaat menetapkan tiga hari bermula 8 April depan untuk perbicaraan kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Kes saman itu berhubung kenyataan menteri berkenaan dalam satu sidang akhbar di Washington empat tahun lalu.

Hakim Siti Khadijah S.Hassan Badjenid menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas bertemu peguam Syed Ismat Syed Muhamad yang mewakili Anifah, dan peguam Masturina Mohamad Rodzi yang mewakili Anwar.

Kes itu ditetapkan untuk perbicaraan selepas Mahkamah Rayuan pada 25 Januari lepas memerintahkan kes berkenaan dikembalikan semula ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.

Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Anwar bagi menghidupkan semula saman sivil beliau terhadap Anifah atas kapasiti peribadi menteri itu.

Pada 6 Januari 2011, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'Hara membatalkan saman itu selepas membenarkan permohonan Anifah dan kerajaan untuk membatalkan saman berhubung kenyataan yang dibuat menteri itu pada Mei 2009 semasa sidang akhbar di Jabatan Negara di Washington.

Pada 27 Mei 2009, Anwar menyaman Anifah atas kapasiti peribadi dan rasmi beliau dan kerajaan Malaysia atas dakwaan menteri itu memfitnahnya dalam sidang akhbar Anifah bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat ketika itu, Hillary Clinton.

Beliau mendakwa kenyataan Anifah tidak berasas dan telah dilaporkan secara meluas dalam media tempatan dan asing.

Anwar memohon RM100 juta sebagai ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan