Pecah Amanah: Bekas Pengarah Syarikat Dihukum Penjara 7 Tahun

Diterbitkan: Khamis, 19 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang bekas pengarah syarikat dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, Khamis selepas didapati bersalah terhadap lima pertuduhan pecah amanah melibatkan dana syarikat berjumlah RM113,891, empat tahun lepas.

Hakim M. Bakri Abd Majid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan membuktikan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapi oleh Lee Poh Wah.

Beliau menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun bagi setiap dua pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan empat tahun penjara untuk setiap tiga pertuduhan lain di bawah seksyen sama.

Beliau memerintahkan kesemua hukuman itu berjalan serentak.

Selaku pengarah syarikat Valid Switchgear Sdn Bhd, Lee, 43, didakwa menggunakan wang syarikat berjumlah RM7,000 untuk membayar cukai pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tanpa kebenaran rakan kongsinya, Chia Min Fatt, 55.

Di didakwa melakukan kesalahan itu di antara 3 Nov 2008 hingga 1 Sept 2009 di syarikat itu di Kawasan Perindustrian Balakong, Balakong, Seri Kembangan.

Lee juga didakwa didakwa menggunakan wang syarikat berjumlah RM22,594 untuk membayar ansuran pinjaman untuk lori yang didaftarkan atas nama syarikat Win Win Fruits Store tanpa kebenaran Chia di tempat sama antara 5 Januari 2009 hingga 1 September 2009.

Selain itu, Lee didakwa menggunakan RM46,818 wang syarikat itu untuk membayar balik ansuran pinjaman kereta yang didaftarkan atas nama isterinya tanpa kebenaran Chia di tempat sama antara 3 November 2008 hingga 5 Oktober 2009.

Dia juga didakwa menggunakan wang syarikat untuk membayar cukai pendapatannya berjumlah RM35,726.25 di tempat sama antara 3 November 2008 hingga 1 Oktober 2009.

Dia turut didakwa menggunakan wang syarikat untuk membayar premium polisi insurans miliknya berjumlah RM1,752.96 di tempat sama di antara 10 November 2008 hingga 15 Oktober 2009 tanpa kebenaran Chia.

Lee, menerusi peguam Zamri Ibrahim, merayu kepada mahkamah supaya meringankan hukuman kerana dia sudah insaf selain perlu menanggung isteri dan tiga anak termasuk seorang anak kelainan upaya. Zamri juga memohon supaya hukuman ke atas anak guamnya ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah membenarkan permohonan itu dan membenarkan Lee diikat jamin RM20,000 dengan dua penjamin serta notis rayuan ke Mahkamah Tinggi diserahkan ke mahkamah itu sebelum atau pada 23 Disember ini.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Syakimah Ibrahim menyebut kes itu bagi pihak Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Yasser Mohd Nasri. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan