Ketua Tukang Masak Restoran Mengaku Tidak Bersalah Tipu Dua Juruwang

Diterbitkan: Khamis, 19 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang ketua tukang masak restoran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Khamis terhadap pertuduhan menipu dan menggunakan invois palsu pada Oktober lepas.

Bagi dua pertuduhan menipu, Pan Min Wee, 37, didakwa menipu dua juruwang Restoran Six Inch Cafe, iaitu wanita warga Vietnam, Ly Tuyet Cuong, 27, dan lelaki warga Nepal, Bishnu Bahadur Rangu, 32, untuk mempercayai bahawa dia (tertuduh) telah diamanahkan empat pembekal untuk mengutip bayaran bagi 15 invois milik restoran itu berjumlah RM10,674.50.

Perbuatannya mendorong kedua-dua mangsa menyerahkan wang tunai berjumlah RM10,674.50 kepadanya.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi dua pertuduhan menggunakan invois palsu, Pan didakwa menggunakan lapan keping invois membeli 'potato flakes' yang palsu sehingga mendorong kedua-dua mangsa sama menyerahkan wang tunai berjumlah RM4,930 kepadanya.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 465 Kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pan didakwa melakukan semua kesalahan itu di dua cawangan Restoran Six Inch Cafe iaitu di Jalan Genting Klang dan Taman Usahawan Kepong di sini antara 11 malam dan 2 pagi, 4 Okt lepas hingga 1 Disember lepas.

Hakim Norsharidah Awang membenarkan Pan diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan menetapkan 24 Januari untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Rozana Hussin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan