Kakak Gunasegaran Kalah Dalam Saman Terhadap Bekas KPN

Diterbitkan: Khamis, 19 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kakak kepada R. Gunasegaran, yang meninggal dunia ketika dalam tahanan polis empat tahun lepas, kalah dalam saman yang dikemukakannya terhadap bekas ketua polis negara, kerajaan Malaysia dan 10 yang lain atas dakwaan cuai dan terlibat dengan salah laku.

Ketika menolak saman R. Ganga Gouri, Hakim Mahkamah Tinggi Datin Yeoh Wee memutuskan plaintif tidak mempunyai locus standi untuk memulakan tindakan terhadap 12 defendan itu kerana dia belum dilantik secara undang-undang sebagai wakil atau pentadbir harta peninggalan simati.

"Mahkamah berpendapat oleh kerana plaintif bukan isteri, ibu atau anak kepada simati, tetapi hanya kakak, maka plaintif tidak boleh memfailkan tindakan ini bagi pihak dirinya," kata beliau.

Yeoh juga memutuskan bahawa defendan tidak bertanggungjawab bagi kecuaian yang didakwa berlaku oleh plaintif dan dengan itu, menolak saman berkenaan tanpa mengeluarkan perintah berkaitan kos.

Pada 13 Julai 2012, Ganga Gouri memfailkan saman itu dengan menamakan Tan Sri Musa Hassan, kerajaan Malaysia, Ketua Balai Polis Sentul ACP Zakaria Pagan, Penolong Penguasa Polis Mohamad Idris Omar dan tujuh anggota polis dari Balai Polis Sentul serta petugas menjaga mayat dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur, sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Ganga Gouri mendakwa ketujuh-tujuh anggota polis yang terlibat telah mengabaikan tanggungjawab mereka hingga menyebabkan Gunasegaran meninggal dunia di dalam lokap Balai Polis Sentul pada 16 Julai 2009.

ACP Zakaria dan Musa pula didakwa gagal memastikan anggota mereka mematuhi peraturan polis serta tidak mengenakan tindakan disiplin yang sewajarnya terhadap kesemua anggota polis terbabit.

Ganga Gouri, yang bekerja sebagai operator di sebuah kilang, mendakwa petugas yang menjaga mayat telah gagal memastikan mayat adiknya berada dalam keadaan baik hingga menyebabkannya reput dan berbau busuk.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teladan dan teruk selain faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Pada 19 Julai 2012, Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bahawa keputusan koroner dalam inkues berhubung kematian Gunasegaran, 31, adalah sah.

Pada 3 November 2010, Ganga Gouri memfailkan permohonan semakan semula kehakiman di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan yang diumumkan koroner berkenaan pada 25 Oktober 2010.

Ganga Gouri diwakili peguam M. Visvanathan, manakala kesemua defendan diwakili Peguam Kanan Persekutuan Nur Aqilah Ishak. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan