Dua Wanita Didakwa Culik & Perdagang Bayi Perempuan Tujuh Bulan

Diterbitkan: Khamis, 19 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Dua wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Khamis terhadap dua pertuduhan menculik dan memperdagang seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan, Khamis lepas.

Bagi pertuduhan pertama, Zuzita Ahmad, 43, yang bekerja sebagai kerani dan pembantu kedai, Ooi Hooi Ling, 37, didakwa menculik bayi itu daripada jagaan neneknya, Faridah Hussain, 53, di rumahnya di Blok 2-3-1, Lorong Lembah Ria 1, Taman Happy Valley, Air Itam di sini pada 3.30 petang, 12 Dis lepas.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun serta denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa memperdagang bayi itu bagi maksud eksploitasi di Surau Rumah Panjang, Tanjong Tokong di sini pukul 5 petang pada hari sama.

Bagi pertuduhan itu, Zuzita dan Ooi didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Lim Cheah Yit meminta mahkamah supaya tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin kerana kesalahan yang dilakukan mereka amat serius.

"Kedua-dua kesalahan yang dilakukan tertuduh membabitkan mangsa berusia tujuh bulan. Malah seorang daripada OKT (orang kena tuduh) mengenali nenek mangsa dan terdapat risiko untuk OKT mengganggu dan mengancam pengadu dan mangsa kerana dia tahu tempat tinggal mereka.

"Selain itu, aktiviti menculik dan memperdagangkan kanak-kanak ini dilihat semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini dan patut dibanteras. Jadi, saya membantah sekeras-kerasnya kedua-dua OKT diikat jamin," katanya.

Hakim Wan Norzanuar Wan Ahmad membenarkan kedua-dua tertuduh tidak diikat jamin dan menetapkan 22 Januari depan untuk sebutan semula kes.

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan