Suami Isteri Bebas Tuduhan Cederakan Amah Warga Indonesia

Diterbitkan: Rabu, 18 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Mahkamah Tinggi di sini, Rabu melepaskan dan membebaskan sepasang suami isteri terhadap tuduhan menyebabkan kecederaan parah dan memperdagang amah mereka, antara Julai dan September tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Samsudin Hassan membenarkan rayuan Mohd Shukur Suradi, 29, dan isterinya Daeng Norulasyikin Bachok, 28, untuk mengetepikan hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan terhadap Mohd Shukur manakala isterinya yang dihukum penjara 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen pada 19 Jun lepas.

Hakim Mahkamah Sesyen telah memutuskan Mohd Shukur, seorang ahli perniagaan dan isterinya seorang guru didapati bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap Marsini, 22, dengan menggunakan pisau, kayu golf, penyangkut baju, tali pinggang, air panas, minyak panas, senduk panas serta sudu panas bagi pertuduhan berkenaan.

Dalam penghakimannya, Samsudin berkata Hakim Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam mensabitkan tuduhan itu selain terdapat kecamukan dalam keterangan beberapa saksi dan sejarah sakit mangsa juga tidak mempunyai sokongan.

Beliau berkata terdapat tiga elemen yang perlu dibuktikan bagi tuduhan menyebabkan kecederaan parah iaitu kedua-dua perayu sengaja mendatangkan kecederaan parah ke atas mangsa, cedera parah itu disebabkan senjata atau alat yang boleh menyebabkan kematian serta perbuatan kedua-dua perayu adalah secara bersama.

"Keterangan pegawai siasatan pula hanya semata-mata hasil siasatan dan tidak mempunyai keterangan langsung yang mengaitkan perayu dengan mangsa serta keterangannya juga tidak padat untuk mengaitkan kedua-dua perayu dengan kecederaan yang dihadapi mangsa," katanya.

Samsudin berkata terdapat kecamukan keterangan memandangkan pihak pendakwaan melonggokkan kecederaan lama dan baharu bersekali dalam tempoh kejadian berlaku sehingga menyebabkan wujudnya prejudis untuk mensabitkan pertuduhan menyebabkan kecederaan parah.

Mengenai tuduhan memperdagang Marsini, Samsudin berkata mahkamah mendapati kedua-dua perayu mempunyai ejen bagi mendapatkan pembantu rumah dan tiada keterangan bahawa mangsa diambil dan disimpan bagi tujuan perhambaan.

"Oleh itu, rayuan kedua-dua perayu dibenarkan dan sabitan terhadap mereka diketepikan. Kedua-dua perayu dibebas dan dilepaskan atas kedua-dua tuduhan berkenaan," katanya.

Pasangan itu didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman mereka di Nombor 7, Jalan Utama 5, Taman D Utama, Perling, di sini, antara Julai dan 23 September 2012 dan dituduh mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.

Masing-masing dikenakan hu kuman penjara 10 tahun terhadap tuduhan memperdagang Marsini pada pukul 12 tengah hari, pada tarikh dan alamat sama dan didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda oleh Mahkamah Sesyen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rahimah Abdul Majid manakala Mohd Shukur dan Daeng Norulasyikin diwakili peguam Muhammad Ashraf Mohd Diah. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan