Bekas Penolong Pengurus Didakwa Bersubahat Menipu, Guna Nota Kredit Palsu

Diterbitkan: Jumaat, 13 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas penolong pengurus pemasaran syarikat pembinaan wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan bersubahat menipu dan menggunakan Nota Kredit palsu membabitkan pembelian lima unit rumah bernilai RM11.62 juta.

Bagi pertuduhan pertama hingga kelima, Ong Teck Hwa, 35, didakwa bersubahat dengan bekas pengarah pemasaran syarikat pembinaan Syarikat BHL Construction Sdn Bhd, Yee Hooi Ling, 41, menipu pengarah syarikat itu Zaiful Ayu Ibrahim, 42, untuk mempercayai bahawa syarikat itu telah meluluskan pemberian diskaun berjumlah RM11.62 juta kepadanya.

Diskaun itu kononnya diberi bagi pembelian lima unit rumah berkembar tiga tingkat di USJ One Park yang kesemuanya bernilai RM11.62 juta sehingga mendorong Zaiful menandatangani lima keping Nota Kredit milik syarikat berkenaan.

Ong, yang juga seorang ibu tunggal, didakwa melakukan semua kesalahan di syarikat pembinaan itu di Jalan Robson, Brickfields pada 18 Julai 2011 mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 417 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dia turut berdepan lima lagi pertuduhan bersubahat dengan Yee menggunakan Nota Kredit BHL Construction bertarikh 18 Julai 2011 ketika wanita itu melampirkan dokumen berkenaan sebagai eksibit bagi menyokong tuntutan sivilnya untuk memperoleh satu perintah mahkamah mendapatkan hak milik ke atas kelima-lima unit rumah itu.

Dia didakwa melakukan semua kesalahan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Jan lepas mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 471 kanun sama dan boleh dihukum mengikut Seksyen 467 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurshuhaida Zainal Azahar tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh.

Sementara itu, peguam K. Naahenra memohon mahkamah membenarkan Ong diikat jamin RM10,000 kerana tertuduh perlu menanggung seorang anak perempuan berusia 16 tahun dan ibunya.

Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan Ong diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin serta mengenakan syarat tambahan iaitu perlu melapor diri di Balai Polis USJ sebulan sekali.

Mahkamah juga membenarkan permohonan pendakwaan agar kes tertuduh dibicarakan bersama-sama dengan Yee.

Isnin lepas, Yee mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menipu dan menggunakan Nota Kredit palsu membabitkan pembelian lima unit rumah sama bernilai RM11.62 juta.

Mahkamah menetapkan 8 Jan tahun depan untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan