Bekas Anggota Parlimen PAS Jeli Kekal Bebas Dari Tuduhan Palsukan Dokumen

Diterbitkan: Jumaat, 13 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen membebaskan bekas Anggota Parlimen PAS kawasan Jeli, Mohd Apandi Mohamad daripada 13 pertuduhan memalsukan dokumen berkaitan sewa hotel.

Hakim Kamardin Hashim membuat keputusan itu selepas menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen pada 11 Feb 2011, yang melepas dan membebaskan Mohd Apandi daripada pertuduhan itu.

Dalam keputusannya, Kamardin berkata selepas meneliti hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah mendapati rayuan pihak pendakwaan tidak mempunyai merit.

"Keputusan yang dibuat hakim Mahkamah Sesyen adalah tepat dan betul. Oleh itu rayuan pendakwaan ditolak," katanya.

Pada 11 Februari 2011, Hakim Mahkamah Sesyen Nasir Nordin melepas dan membebaskan Mohd Apandi tanpa memanggilnya membela diri terhadap kesemua pertuduhan itu.

Nasir membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mohd Apandi.

Mohd Apandi, 53, yang pada ketika itu merupakan wakil rakyat kawasan Jeli, didakwa mengemukakan tuntutan pernyataan palsu berhubung sewa Hotel Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan di Kota Baharu berjumlah RM31,050.

Beliau yang diwakili peguam Datuk Sukri Mohamed, didakwa melakukan kesalahan itu di Cawangan Kewangan, Pejabat Parlimen Malaysia, Jalan Parlimen di sini antara 11 Februari 2002 dan 23 Julai 2003.

Dia didakwa mengikut Seksyen 11 (C) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Abdul Ghafar Ab Latif.

Mohd Apandi ketika ditemui pemberita di luar mahkamah melahirkan rasa syukur dengan keputusan hari ini yang mengekalkan pembebasannya.

Beliau yang kini Yang Dipertua PAS kawasan Jeli berkata akan meneruskan tugas kemasyarakatan seperti biasa. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan