Banduan Dijatuhi Hukuman Mati Bunuh Teman Satu Sel

Diterbitkan: Jumaat, 13 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara lapan tahun bagi kesalahan menyamun dan dijangka dibebaskan pertengahan tahun depan terpaksa melupakan impian itu selepas dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana membunuh teman satu sel, tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Choong Siew Khim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Nor Hamdan Mohamad, 41, setelah pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes itu melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Nor Hamdan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Lui Hoh Hiong, 52, di sel No.9, Blok Gemilang, Penjara Kajang pada 4.30 pagi, 16 April 2012.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fuad Abd Aziz dan pada prosiding hari ini beliau diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mirza Mohamad sementara tertuduh diwakili peguam Salim Bashir. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan