Bekas Pengarah Mengaku Tidak Bersalah Tipu, Guna Nota Kredit Palsu

Diterbitkan: Isnin, 9 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengarah pemasaran syarikat pembinaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Isnin terhadap pertuduhan menipu dan menggunakan Nota Kredit palsu membabitkan pembelian lima unit rumah bernilai RM11.62 juta, dua tahun lepas.

Bagi lima pertuduhan menipu, Yee Hooi Ling, 41, didakwa menipu pengarah Syarikat BHL Construction Sdn Bhd, Zaiful Ayu Ibrahim Ibrahim, 42, dengan memperdayakan mangsa untuk mempercayai bahawa syarikat itu telah meluluskan pemberian diskaun berjumlah RM11.62 juta kepadanya.

Diskaun itu kononnya diberikan bagi pembelian lima unit rumah berkembar tiga tingkat di USJ One Park yang bernilai RM11.62 juta sehingga mendorong Zaiful menandatangani lima keping Nota Kredit milik syarikat berkenaan.

Wanita itu didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di syarikat berkenaan di Jalan Robson, Brickfields, di sini pada 18 Julai 2011 mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Yee turut didakwa terhadap lima lagi pertuduhan iaitu menggunakan lima Nota Kredit milik syarikat berkenaan bertarikh 18 Julai 2011 ketika melampirkan dokumen itu sebagai eksibit untuk menyokong tuntutan sivilnya bagi memperoleh satu perintah mahkamah mendapatkan hak milik ke atas kelima-lima unit rumah berkembar tiga tingkat itu.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini pada 9 Januari lepas mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurshuhaida Zainal Azahar tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan adalah kesalahan yang tidak boleh dijamin.

Bagaimanapun, sekiranya mahkamah membenarkan jaminan, beliau menawarkan RM100,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan.

Peguam Sia Huan Ting yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan kepada RM20,000 dan pasport tidak diserahkan kepada mahkamah kerana anak guamnya sering berurusan di luar negara.

Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di Balai Polis Damansara pada setiap bulan.

Mahkamah menetapkan Khamis ini untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan