Jenice Lee Saman DAP Mohon Deklarasi Keanggotaannya Dikekalkan

Diterbitkan: Jumaat, 6 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas anggota Dewan Undangan Negeri Teratai, Jenice Lee Ying Ha pada Jumaat menfailkan saman terhadap DAP, bagi memohon pengisytiharan bahawa beliau masih anggota parti itu.

Lee, 33, menfailkan writ saman melalui Tetuan Harjit Sandhu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini dan menamakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai defendan.

Lee dalam pernyataan tuntutannya memohon deklarasi supaya keanggotaannya dalam parti itu sejak 2001, dikekalkan.

Selain itu beliau juga memohon injunksi untuk menghalang defendan daripada melucutkan keanggotaannya serta kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Lee mendakwa pelucutan keanggotaannya oleh defendan, yang hanya diketahui melalui media pada 20 April lepas, adalah tidak sah.

Pada 5 Jun lepas, Lee memfailkan saman terhadap DAP berhubung pelucutan keanggotaannya dalam parti itu, bagaimanapun pada 28 Okt, dia menarik balik saman itu.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan