Kes Lelaki Pukul Isteri Di Dalam Butik, Selesai

Diterbitkan: Rabu, 4 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kes pengusaha butik aksesori dan pakaian yang didakwa memukul dan mencederakan isterinya di dalam sebuah butik, selesai selepas,Mahkamah Majistret di sini, membenarkan si suami membayar kompaun RM2,500.

Majistret Suhaima Mohd Noor membenarkan Chik Foo Keong, 27, membayar kompaun itu kepada Amanda Fong Kim Yen, 20, secara berperingkat.

Dalam prosiding pada Rabu, peguam Dexter Mah Kok Leong yang mewakili Chik memberitahu mahkamah bahawa pasangan itu telah mencapai persetujuan untuk selesai secara damai dengan Chik bersetuju memohon maaf kepada isterinya atas kejadian yang berlaku.

"Chik turut memaklumkan akan bertanggungjawab atas apa yang berlaku dan bersetuju untuk membayar RM2,500 bagi kos perubatan, selain kedua-duanya akan menyelesaikan petisyen berhubung penceraian mereka tanpa sebarang tuntutan," kata peguam itu.

Peguam itu juga memberitahu bahawa dalam persetujuan itu sebarang nama pengadu iaitu isterinya yang bersangkut dengan Chik dalam perniagaan akan dibatalkan.

Peguam yang mewakili Amanda, Tan Sri Darshan Singh kemudian bersetuju dan mengesahkan semua perkara yang dinyatakan Mah itu telah diterima oleh Amanda untuk penyelesaian.

Dalam prosiding itu, kelihatan Chik memohon maaf kepada isterinya selepas mahkamah membenarkan permohonan Darshan supaya berbuat demikian.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab.

Mengikut pertuduhan, pengusaha butik itu mengaku tidak bersalah melakukan serangan sehingga mendatangkan kecederaan terhadap isterinya di Butik Amanda & Co, Ipoh Garden South di sini pada 4 petang, 23 Ogos 2012 mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, akhbar melaporkan pendedahan rakaman litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook Amanda Fong, menunjukkan seorang lelaki memukul dan mencederakannya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan