Warga Indonesia Dipenjara 54 Bulan Miliki Pasport Palsu

Diterbitkan: Selasa, 3 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara 54 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini Isnin kerana memiliki dua pasport Indonesia yang dipalsukan dan tujuh pasport Indonesia yang bukan miliknya antara Ogos dan November tahun ini.

Hakim M. Bakri Abd Majid menjatuhi hukuman penjara enam bulan bagi setiap pertuduhan ke atas pendatang asing tanpa izin Abdullah Busahlan, 43, setelah tertuduh mengaku bersalah terhadap sembilan pertuduhan.

Beliau juga memerintahkan hukuman itu dilaksanakan secara berasingan bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 20 November lepas.

Abdullah didakwa memiliki pasport Indonesia atas nama 'Hendrawan' dan 'Amrizal' yang dipalsukan dan perbuatannya menyalahi Seksyen 12(1)(a) Akta Pasport 1966 yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.

Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu antara 11.30 pagi hingga 12 tengah hari, 28 Ogos lepas di Terminal Penerbangan Tambang Murah, Sepang.

Dia turut didakwa memiliki tujuh pasport Indonesia untuk kegunaan individu yang dikenali sebagai Muliadi, Paryumi, Mat Suhar, Holifah, Yualiatin, Reny dan Samsuri pada 20 November lepas, pukul 3.30 petang, di Lot 3736-A, Lorong Abdullah, Bt.7 1/2, Jalan Kebun, Klang yang menyalahi Seksyen 12 (1)(f) Akta Pasport 1966.

Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kevin Morais berkata tertuduh berada di Malaysia tanpa memiliki dokumen perjalanan yang sah dan hanya mempunyai kad pengenalan Indonesia.

"Tertuduh melibatkan diri dalam kegiatan mengeluarkan pasport palsu untuk warga Indonesia yang berada di Malaysia tanpa izin supaya mereka dapat keluar dari Malaysia tanpa sekatan undang-undang," katanya.

Buat masa ini Morais berkata pihak SPRM belum dapat mengesahkan kerakyatan individu-individu yang pasport mereka dirampas daripada tertuduh dan di mana kini mereka berada.

Oleh itu, beliau memohon mahkamah supaya menjatuhi hukuman yang setimpal ke atas Abdullah.

Abdullah yang tidak diwakili peguam, merayu supaya hukumannya diringankan kerana dia menghidap lelah dan darah tinggi, selain perlu menyara empat anaknya yang berusia antara setahun sehingga 14 tahun serta ibunya yang telah tua. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan