Tiada Bukti Asas Untuk Sahkan Kenyataan Hakim - Peguam Bela Anwar

Diterbitkan: Selasa, 3 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tiada bukti asas yang boleh mewajarkan kenyataan seorang hakim Mahkamah Persekutuan dalam penghakimannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seseorang yang mempunyai kecenderungan terhadap perlakuan homoseksual, demikian mahkamah persekutuan diberitahu pada Isnin.

Dalam hujahnya, peguam Datuk Sulaiman Abdullah, yang mewakili ketua pembangkang itu berkata kenyataan berkenaan sepatutnya dipadamkan daripada sebahagian besar penghakiman bertulis oleh hakim Mahkamah Persekutuan ketika itu Tun Abdul Hamid Mohamad ketika melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat pemandu keluarganya.

Katanya perenggan yang dipersoalkan itu tidak diperlukan dan tidak relevan dalam penghakiman berkenaan kerana ia merupakan kenyataan peribadi Abdul Hamid terhadap Anwar dan tidak menjadi prinsip utama dalam kes terbabit.

"Perenggan yang dipersoalkan itu begitu tidak adil dan tidak munasabah kerana komen peribadi itu dibuat tanpa mengambil kira keterangan Anwar semasa perbicaraan," katanya.

Sulaiman berkata perenggan yang dipersoalkan itu mencemar dengan teruk nama baik Anwar dan terus mengakibatkan berlakunya ketidakadilan secara serius serta kerosakkan nama baiknya kerana ia sering disalahguna, diulang, disiarkan dan digunakan secara meluas sebagai suatu justifikasi untuk mengutuk dan merujuk kepada Anwar sebagai seorang pengamal homoseks atau seks songsang kepada orang ramai.

Beliau berkata setiap kali ketua pembangkang itu memfailkan saman fitnah bagi membersihkan namanya, penentang beliau akan menggunakan penghakiman berkenaan untuk membela diri.

Katanya perenggan berkenaan boleh ditafsirkan sebagai merendah-rendahkan, tidak wajar dan berat sebelah apabila hakim Mahkamah Persekutuan itu mengisytiharkan Anwar sebagai pesalah bersiri dan malah, melakukan kesalahan berkenaan seperti yang dituduh, tetapi beliau terpaksa dibebaskan kerana tidak cukup bukti.

Sulaiman berkata demikian dalam permohonan semakan semula yang dikemukakan Anwar untuk memadam perenggan "kami menemui bukti untuk mengesahkan bahawa perayu (Anwar dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja) terlibat dengan kegiatan homoseksual dan lebih cenderung untuk mempercayai bahawa kejadian yang didakwa berlaku di Tivoli Villa itu benar-beanr berlaku pada..." dalam penghakiman berkenaan.

Pada 2 September 2004, Mahkamah Persekutuan yang diketuai Abdul Hamid, kemudiannya dilantik menjadi Ketua Hakim Negara dan selepas itu bersara pada 2008, dalam keputusan majoriti 2-1nya, membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar.

Mahkamah Persekutuan mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhi hukuman penjara sembilan tahun terhadap Anwar.

Panel Mahkamah Persekutuan yang sama juga mengubah pensabitan dan hukuman penjara enam tahun terhadap Sukma Darmawan, adik angkat Anwar, yang dibicarakan bersama beliau (Anwar) bagi tuduhan meliwat Azizan di Tivoli Villa, Kuala Lumpur pada 1994.

Sementara itu, dalam hujahnya, Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup berkata mahkamah berkenaan berhak memberi komen tentang kelakuan Anwar kerana terdapat bukti dalam rekod rayuan untuk mewajarkan kenyataan itu dibuat.

"Peranggan itu hanya mengandungi satu 'penemuan" berdasarkan bukti yang ditemui dalam rekod rayuan," katanya sambil menambah bahawa permohonan Anwar ini patut ditolak kerana ia merupakan percubaan untuk mengubah satu penemuan sah oleh sebuah mahkamah undang-undang yang berdasarkan bukti.

Beliau berkata permohonan Anwar itu yang difailkan sembilan tahun selepas pembebasannya boleh dikatakan sebagai percubaan untuk mengedit penghakiman.

Kata Manoj sekiranya Anwar dibenar berbuat demikian melalui mahkamah, maka ia akan membuka pintu dengan seluas-lausnya dan orang lain juga mungkin mengemukakan permohonan serupa untuk 'mengedit' penghakiman bagi memenuhi tujuan masing-masing.

Kata beliau ini samalah seperti memberitahu mahkamah cara untuk menulis penghakiman dan mengganggu kebebasan kehakiman.

Panel lima anggota yang diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin itu menangguhkan keputusan mereka kepada satu tarikh lain kerana memerlukan masa untuk menimbang hujah Sulaiman dan Manoj.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan