Syarikat Pengurup Wang & Pengarah Didenda RM300,000 Beroperasi Tanpa Lesen

Diterbitkan: Selasa, 3 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Sebuah syarikat pengurup wang di Changlun dan seorang pengarahnya yang mengaku bersalah menjalankan perniagaan tanpa lesen didenda berjumlah RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen Alor Setar.

Guan Hin Chan Enterprise (M) Sdn Bhd dan Lim Eng Shieong, 42, masing-masing didenda RM150,000. Lim juga dihukum penjara sehari.

Hakim Ooi Sheow Yean juga memerintahkan syarikat itu dan Lim dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda. Lim membayar denda RM300,000 itu dan menjalani hukuman penjara sehari.

Mengikut kertas pertuduhan, syarikat itu pada 4 September 2012 lebih kurang 10.40 pagi di KM 7.2 Lebuhraya Utara-Selatan, Changlun menjalankan perniagaan perkhidmatan wang tanpa lesen mengikut Seksyen 7 Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 (Akta 731) iaitu perniagaan pengurupan wang.

Ini merupakan kesalahan mengikut Seksyen 4(1) akta sama dan boleh dihukum menurut Seksyen 4(4) akta sama.

Lim yang merupakan pengarah syarikat itu menghadapi pertuduhan sama secara berasingan tetapi kesalahannya dibaca bersama Seksyen 80 akta sama dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(4) Akta 731 iaitu denda tidak lebih RM5 juta atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah turut memerintahkan wang tunai RM436,000 yang dirampas daripada syarikat itu oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai bahan bukti dipulangkan sekiranya tertuduh tidak membuat rayuan terhadap hukuman yang dikenakan.

Peguam Burhanudeen Abdul Wahid yang mewakili syarikat tersebut dan Lim sebelum itu memohon mahkamah mengenakan hukuman minimum atas alasan kesalahan anak guamnya tidak serius.

Katanya Lim mewarisi syarikat itu daripada bapanya yang menjalankan perniagaan sejak 1980 dan tidak pernah melakukan sebarang kesalahan kecuali selepas 2009 apabila permohonannya untuk memperbaharui lesen tidak diluluskan disebabkan soal teknikal.

Pegawai Pendakwa daripada BNM Mohd Shukri Ahmad Mansor yang dibantu Siti Nabila Huda Zaidisham memberitahu mahkamah dua pegawai BNM terlebih dahulu membeli Baht Thailand dengan mata wang Malaysia sebanyak RM200 untuk mendapatkan bukti kegiatan syarikat itu.

Katanya sepasukan pegawai BNM kemudian menyerbu dan merampas bahan bukti antaranya papan tanda dan wang tunai RM436,000. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan