19 Februari Depan Pendengaran Untuk Batalkan Saman Bekas Polis Berjumlah RM128.5 Juta

Diterbitkan: Isnin, 2 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Isnin menetapkan 19 Februari depan untuk mendengar permohonan Peguam Negara, Kerajaan Malaysia dan 10 yang lain bagi membatalkan saman berjumlah RM128.5 juta oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Ramli Yusuff berhubung dakwaan yang beliau didakwa secara salah.

Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan tarikh itu selepas Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bol Hassan, yang mewakili kesemua defendan memaklumkan bahawa permohonan untuk membatalkan saman itu akan difailkan pada 16 Disember ini. Mahkamah turut menetapkan 16 Januari depan untuk pengurusan kes.

Pada 1 November lepas, Ramli, 61, memfailkan saman dengan menamakan Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kerajaan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara Datuk Nordin Hassan dan Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan di SPRM, Anthony Kevin Morais sebagai defendan.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah Deputi Supritendan (DSP) Chew Kam Soon, Ketua Unit Siasatan SPRM E. Sok One, tiga Pegawai Penyiasat SPRM iaitu, Saiful Ezral Ariffin, Azmi Ismail dan Wan Abdul Rahman.

Dalam pernyataan tuntutannya, Ramli mendakwa defendan dengan niat jahat dan tanpa sebab munasabah menyiasat dan menuduhnya di mahkamah terhadap empat pertuduhan mengikut SPRM dan satu pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan.

Beliau mendakwa antara Julai 2009 dan Ogos 2010, beliau telah dibebaskan daripada kesemua pertuduhan itu.

Bekas pegawai polis itu berkata akibat pendakwaan terhadapnya itu, beliau telah mengalami kecederaan dari segi reputasi, kerjayanya dan mengalami kesusahan, kesulitan dan kerugian.

Ramli yang diwakili peguam S.C. Tey menuntut ganti rugi khas, am, teruk, teladan dan faedah kos yang kesemuanya berjumlah RM128.5 juta. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan