Projek MRT: Penduduk TTDI Gagal Peroleh Penghakiman Terus

Diterbitkan: Jumaat, 29 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat menolak permohonan penduduk Taman Tun Dr Ismail (TTDI) bagi mendapatkan penghakiman terus dalam kes saman mereka terhadap projek Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp).

Hakim Rosilah Yop menolak permohonan itu dalam kamar dengan kos RM10,000.

Penduduk berkenaan memohon mahkamah melupuskan kes saman itu mengikut Aturan 14A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 berdasarkan penentuan persoalan undang-undang tanpa mendengar perbicaraan penuh.

Ho Lee Yoke, 55, dan 11 penduduk lain memfailkan saman itu pada Februari lepas.

Penyataan tuntutan penduduk terbabit, yang memiliki rumah teres di sepanjang Jalan Pinggir Zaaba, mendakwa MRT Corp bertanggungjawab memastikan projek itu dilaksanakan mengikut undang-undang.

Antara lain, penduduk berkenaan menuntut satu pengisytiharan bahawa projek itu adalah tidak sah dan salah di sisi undang-undang dan dengan itu, mereka layak mendapat pampasan.

Sebagai alternatif, mereka menuntut ganti rugi am dan saksama dan juga ganti rugi khas RM22,000. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan