Pemandu Lori Bebas Tuduhan Bunuh Anak

Diterbitkan: Jumaat, 29 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pemandu lori yang dituduh membunuh bayi lelakinya yang berumur 14 hari lebih setahun lepas, pada Jumaat dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas mahkamah mendapati dia mabuk pada masa kejadian itu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan pihak pendakwaan tidak dapat membuktikan R. Ramesh, 42, telah melakukan perbuatan itu dengan niat, untuk mahkamah mensabitkannya bagi pembunuhan R. Kiran, semasa dalam keadaan mabuk.

Ramesh dituduh membunuh Kiran di sebuah rumah di Jalan Kemudi 2M, Taman Bernam Jaya Hulu Bernam, Hulu Selangor pada 12.05 pagi, 12 April tahun lepas.

Menyifatkan kejadian itu sebagai "amat malang", Akhtar berkata malah walaupun Ramesh tidak dihukum, dia akan menyesal dengan apa yang berlaku sepanjang hidupnya.

Lagipun, katanya satu-satunya saksi yang melihat bayi itu disepak dan dipijak ialah anak perempuan Ramesh, dan dia tidak pasti sama ada bapanya secara tidak sengaja memijak Kiran atau sebaliknya.

Bagaimanapun, katanya doktor yang memeriksa si mati mendapati kematian bukan akibat terjatuh dari buaian tetapi akibat disepak dan dipijak.

"Amat sukar untuk mahkamah menentukan apa yang sebenarnya telah berlaku pada hari kejadian," kata Akhtar.

Keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan iaitu anak perempuan tertuduh dan iparnya hampir bercanggah antara satu sama lain, katanya.

Ramesh diwakili Sreekanth Pillai manakala pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Iswa Tonie. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan