Mahkamah Koroner Putuskan Kematian Penjual Nasi Disebabkan Nahas Dalam Kejadian Penebat Kilat Runtuh

Diterbitkan: Jumaat, 29 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Mahkamah Koroner pada Jumaat memutuskan kematian penjual nasi yang dipercayai tertimbus dalam kejadian penebat kilat runtuh dan menimpa sebuah kereta di Jalan Macalister di sini semasa ribut pada Jun, adalah kematian disebabkan nahas.

Koroner Khairul Anuar Abdul Halim berkata mahkamah berpuas hati bahawa Lim Chin Aik, 44, merupakan pemandu kereta yang terbenam ke dalam tanah dalam kejadian antara 6.45 petang dan 6.50 petang, 13 Jun lepas.

Inkues itu yang bermula 2 September, diadakan untuk mengesahkan kematian Lim kerana mayatnya tidak ditemui walaupun beberapa cebisan keretanya dikeluarkan daripada kawasan runtuhan itu.

Khairul Anuar berkata pihak berkuasa relevan akan mengeluarkan sijil kematian Lim kepada keluarganya.

Balu Lim, Lee Chai Song, 48, dan ibu bapa mangsa, Tian Chor, 73, dan Ang Kim Looi, 70, hadir di mahkamah pada Jumaat.

Kemudiannya, Lee dengan linangan air mata berkata beliau akan memohon sijil kematian itu.

Khairul Anuar berkata kes sebegini tidak pernah berlaku sebelum ini kerana tiada mayat ditemui tetapi laporan dibuat mengenai kehilangan Lim selepas dia keluar rumah untuk mengambil anak perempuannya di sekolah.

Sebanyak 24 saksi dipanggil memberi keterangan pada inkues itu, yang termasuk lawatan ke tapak runtuhan di hadapan Menara Umno di Jalan Macalister dan melihat cebisan kereta itu.

Khairul Anuar dibantu Timbalan Pendakwa Raya Lim Cheah Yit dan pegawai pengendali Suhaimi Ibrahim.

Peguam Gobind Singh Deo bertindak sebagai peguam pemerhati keluarga Lim.

Insiden pada Jun itu itu turut meragut nyawa seorang pekerja asing, Jahir Sulaiman, 46, selepas lori dinaikinya bersama rakan sekerja dihempap penebat kilat itu.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan