Mahkamah Benar Permohonan Bekas Timbalan Presiden KOM Ketepi Perintah Penggantungan

Diterbitkan: Jumaat, 29 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat membenarkan permohonan bekas Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Karim Ibrahim untuk mengetepikan perintah penggantungannya selama enam tahun daripada aktiviti olahraga yang dikenakan KOM terhadapnya pada tahun lepas.

Hakim Datuk Zaleha Yusof memutuskan bahawa berdasarkan perlembagaan KOM, plaintif bukanlah ahli persatuan itu.

"Prosiding disiplin yang dikenakan terhadap plaintif adalah perkara yang serius dan memandangkan plaintif bukan ahli persatuan, KOM tidak boleh mengambil tindakan terhadapnya," katanya.

Hakim Zaleha tidak menetapkan sebarang kos.

Pada 1 April lalu, Karim yang juga naib presiden Persatuan Olahraga Melaka, memfailkan saman pemula terhadap KOM untuk memohon satu deklarasi bahawa beliau bukan ahli KOM.

Karim memohon diketepikan keputusan dan perintah KOM bertarikh 11 Oktober 2012 yang menggantungnya bagi tempoh enam tahun daripada melakukan sebarang aktiviti sukan olahraga.

Dalam samannya itu, beliau turut memohon mahkamah membuat penentuan sama ada KOM mempunyai bidang kuasa untuk membuat perintah penggantungan itu walaupun beliau bukan ahli KOM mengikut Perlembagaan Terpinda dan Undang-Undang Kecil KOM bertarikh 25 Julai 2011.

Beliau digantung oleh KOM selepas didapati bersalah bersubahat dalam kes enam atlet melarikan diri daripada ujian anti-doping pada 2011 dan keputusan itu dicapai oleh ahli majlis KOM selepas meneliti laporan siasatan kes berkenaan yang dipengerusikan oleh bekas hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri V.C George.

Karim, yang diwakili peguam Didiana Zakaria hadir dalam prosiding hari ini manakala KOM diwakili peguam Alex De Silva dan Adlan Hadi Mohamad Yusof. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan