Buli Rakan: Tiga Remaja Dihantar Ke Sekolah Tunas Bakti

Diterbitkan: Jumaat, 29 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Mahkamah Majistret di sini pada Khamis memerintahkan tiga pelajar yang mengaku membuli seorang rakan mereka awal Mac lepas ditempatkan di Sekolah Tunas Bakti, Teluk Air Tawar dekat sini.

Majistret Norzafirah Mohamed Ali memerintahkan kesemua pelajar berusia 15 tahun dan baru selesai menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah itu ditempatkan di sekolah berkenaan selama tiga tahun berkuat kuasa Khamis.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah sekolah pada 2.25 petang 4 Mac lepas mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Kamaliza Md Zain manakala kesemua pelajar tidak diwakili peguam.

Perbuatan tiga remaja itu dirakam dalam klip video berdurasi seminit 32 saat yang tersebar di laman sosial YouTube dan memaparkan seorang remaja berpakaian seragam sekolah dibelasah sekumpulan remaja lain dipercayai rakan sekolahnya di dalam sebuah bilik darjah. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan