Mahkamah Perintah Waran Tangkap Dikeluar Terhadap Papa Gomo - Berita Mahkamah | mStar

Mahkamah Perintah Waran Tangkap Dikeluar Terhadap Papa Gomo

Diterbitkan: Rabu, 27 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Syariah di sini memerintahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap pemilik blog, Papa Gomo selepas gagal untuk hadir ke mahkamah berhubung pelanggaran hak jagaan sementara dan penyerahan dua anak prempuannya.

Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain mengeluarkan waran itu terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris, 30, atau lebih dikenali sebagai Papa Gomo, selepas membenarkan permohonan peguam Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang mewakili bekas isterinya, Bellina Omar Sharifuddin Chin, 28.

Sebelum itu, mahkamah pada 2 September lalu memerintahkan Wan Muhammad menyerahkan dua anak mereka kepada bekas isterinya namun, dia ingkar untuk berbuat demikian.

Wan Muhammad dan Bellina berkahwin pada 25 Februari 2006 dan bercerai pada 24 September tahun lalu.

Hasil daripada perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak perempuan, Wan Cassandra, 4, dan Wan Camillea, 2,.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan