Kes Pegawai Polis Wanita Lepas 'Kasanova' Disebut Semula 28 Januari

Diterbitkan: Selasa, 26 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Mahkamah Majistret di sini Isnin menetapkan 28 Januari depan untuk sebutan semula kes seorang pegawai kanan polis yang dituduh sengaja melepaskan seorang tahanan dikenali "kasanova" pada bulan lepas.

Majistret Dianne Nigrad Nor Azhar menetapkan tarikh itu setelah Timbalan Pendakwa Raya S.Selvaranjini memaklumkan bahawa pihak pembelaan hanya menyerahkan sebahagian dokumen pembelaan.

Beliau kemudian mengarahkan pihak pembelaan menyerahkan dokumen tambahan sebelum tarikh sebutan kes itu.

ASP L. Chandkumary, 56, didakwa sengaja melepaskan tahanan K. Prabaharan, 45, yang menghadapi pertuduhan kes penipuan pada 1.50 tengah hari di Kompleks Mahkamah George Town pada 9 Oktober lepas.

Bagi pertuduhan kedua, wanita itu didakwa membuat laporan palsu di Balai Polis Timur Laut pada kira-kira 8.05 malam hari yang sama berhubung insiden itu.

Bagi pertuduhan pertama, Chandkumary didakwa mengikut Seksyen 225A (1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun, denda atau kedua-duanya manakala pertuduhan kedua mengikut Seksyen 182 kanun sama memperuntukkan penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Chandkumary yang telah berkhidmat lebih 20 tahun dengan Polis Diraja Malaysia diwakili peguam Danny C.Navarednam.

Pada 21 Oktober lepas, Chandkumary mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan