Mahkamah Syariah Nasihat Bapa, Anak Lelaki Selesai Isu Nafkah Secara Baik

Diterbitkan: Ahad, 24 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi Syariah di sini meminta pertelingkahan antara bapa dan anak berkaitan tuntutan nafkah, yang berlarutan sejak tiga tahun lepas, diselesai secara baik mengikut adab timur dan syariat Islam.

Hakim Rosdi Harun menasihati Nasrun Mustafa, 40, dan Mustafa Ismail, 67, kembali berbincang dan merungkai kemelut keluarga secara berhemah kerana kes itu tidak akan dibicara di mahkamah bagi tempoh yang panjang jika mereka saling bertolak ansur.

Beliau kemudian menetapkan 23 Disember untuk menyebut semula kes itu.

Mustafa memfailkan permohonan untuk memenjarakan anaknya kerana ingkar perintah mahkamah berhubung pembayaran nafkah berjumlah RM18,866.50.

Pada Ahad, mahkamah dijadual mendengar keterangan Nasrun, seorang pengurus syarikat cari gali minyak, bagi menjawab notis tunjuk sebab mengapa beliau tidak boleh dipenjara.

Berdasarkan keterangan pada 13 Julai 2010, Mustafa menuntut Nasrun, yang dikatakan berpendapatan tidak kurang daripada RM17,000 sebulan, membayar tunggakan nafkah penjagaan dua cucunya, Nur Thahirah Nazihah, 16, dan Muhammad Amirul Nasrullah, 18, selama tujuh tahun iaitu sebanyak RM20,000 di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Mustafa, dari Kampung Beladau Kolam, Manir turut memohon perintah agar Nasrun memberi nafkah sebanyak RM800 sebulan menerusi potongan gaji untuk keperluan kedua-dua cucunya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan