Hakim Mohtarudin Tarik Diri Dengar Rayuan Anwar Batal Pertuduhan Sertai Perhimpunan

Diterbitkan: Ahad, 24 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Wira Mohtarudin Baki pada Jumaat menarik diri daripada panel tiga anggota mahkamah itu bagi mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan dua pertuduhan dihadapinya mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 iaitu menyertai perhimpunan Bersih 3.0 tahun lepas.

Hakim Mohtarudin berkata beliau dan Anwar "berkongsi besan" dan berikutan hubungan peribadi itu, mereka pasti akan bertemu dalam mana-mana kenduri.

"Saya berasa tidak selesa untuk mendengar rayuan ini. Saya ingin menarik diri," katanya.

Panel itu dipengerusikan oleh Hakim Datuk Balia Yusof Wahi dijadual menengar rayuan Ketua Pembangkang itu hari ini tetapi pendengaran itu dijadualkan semula ke 5 Februari tahun depan selepas Hakim Mohtarudin menarik diri.

Seorang anggota panel ialah Hakim Datuk Rohana Yusuf.

Hakim Balia berkata rayuan itu akan didengar panel baharu Mahkamah Rayuan.

Anwar, 66, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 18 Januari tahun ini yang menolak permohonannya untuk membatalkan dua pertuduhan yang dihadapinya mengikut Akta Perhimpunan Aman.

Pada 22 Mei lepas, Anwar dituduh telah melanggar perintah mahkamah dengan mengambil bahagian dalam perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April tahun lepas.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Mohamed Azmin Ali dan Ketua PKR Cawangan Rembau Badrul Hisham Shaharin turut menghadapi pertuduhan sama.

Mereka juga menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu bersubahat dengan tiga individu melanggar perintah mahkamah yang melarang sebarang perhimpunan diadakan di Dataran Merdeka pada hari berkenaan, dengan mereka didakwa menghasut R. Tangam, Rajesh Kumar dan Farhan Ibrahim. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan